Connect with us

Oh! Media

Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

Umum

Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

ADVERTISEMENT

Aktres Ummi Nazeera mengakui beliau bersyukur dengan keputusan Mahkamah Sesyen semalam, menjatuhkan hukuman penjara 31 tahun terhadap bapanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64.

Pelakon filem Hikayat Merong Mahawangsa itu menyifatkan segala keperitan ibunya telah berakhir.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya yang pernah membintangi drama bersiri popular, Nur Kasih dan filem Hikayat Merong Mahawangsa.

Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, Datuk Maziah, sembilan tahun lepas.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan.

Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Terdahulu, Maziah memberitahu mahkamah bahawa kesan daripada tindakan tertuduh menyebabkan beliau hilang hak sebagai pengarah dan juga pemegang saham bagi syarikat tersebut.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas