Connect with us

Oh! Media

“Sebagai Isteri Saya Sentiasa Di Belakang Suami” – Umie Aida

Screen2bshot2b2015 01 122bat2b130322bampng

Umum

“Sebagai Isteri Saya Sentiasa Di Belakang Suami” – Umie Aida

Berita pengishtiharan muflis suami kepada aktres Umie Aida iaitu Khairuddin Abu Hassan sudah pun tersebar luas.

Berikutan daripada status itu juga menyebabkan rumah mewah yang juga hadiah perkahwinan kepada Umie Aida yang bernilai RM2.1 juta telah pun dilelong. Rumah itu telah dibeli oleh seorang wanita dengan harga yang sama kerana tiada sesiapa yang membida kerana harga yang terlalu tinggi.

Ditanya kepada Umie Aida tentang perkara yang menimpa suaminya, Umie berjanji akan terus bersama suami dalam keadaan susah dan senang malah telah redha apabila rumah hadiah perkahwinannya dilelong.

IKLAN

“Saya sebagai isteri akan sentiasa di belakang suami sama ada susah atau senang. Hidup pastilah ada dugaan dan Tuhan memberi kami dugaan mengikut kemampuan hamba-Nya,” ujarnya.

 Psst: Semoga Umie Aida dan suami tabah menghadapi segala ujian yang datang.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas