Connect with us

Giliran Umie Aida dan Ana Dahlia Berhijab

Umum

Giliran Umie Aida dan Ana Dahlia Berhijab

Selepas penghijrahan aktres cantik Neelofa yang mengejutkan ramai pihak, kini beberapa artis wanita Malaysia turut sama mengikut jejak langkah Neelofa untuk bertudung dan menutup aurat. Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang baik dan mengembirakan semua pihak.

Antara artis yang dilihat sudah mula bertudung baru-baru ini adalah pelakon Ana Dahlia yang juga bekas isteri kepada Chef Riz iaitu anak kepada Chef Wan. Malah, Datin Paduka Umie Aida juga mula dilihat selesa mengenakan tudung. Semoga mereka terus istiqomah dan menjaga aurat dengan baik.

Dalam perkembangan lain, Umie Aida turut telah menarik diri daripada menjadi duta untuk syarikat jualan langsung YSLM dan telah memulangkan kembali wang sejumlah RM80,000 yang telah diberikan kepadanya.

Menurut Umie, dia tiada sebarang kaitan dengan syarikat berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya gambarnya digunakan untuk sebarang tujuan.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top