Connect with us

Oh! Media

TV3 Dikecam Kerana Tidak Peka Permintaan Terakhir Arwah Sharifah Aini

Umum

TV3 Dikecam Kerana Tidak Peka Permintaan Terakhir Arwah Sharifah Aini

Stesen TV terkemuka Malaysia iaitu TV3 menerima kecaman hebat oleh orang ramai di media sosial kerana didakwa tidak peka dengan permintaan terakhir Datuk Sharifah Aini sebelum meninggal dunia agar tidak menyiarkan gambarnya yang tidak menutup aurat.

ADVERTISEMENT

Isu itu dipertikaikan apabila TV3 menyiarkan edisi khas program Majalah 3 yang berjudul Perginya Seri Dewi Malam Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang disiarkan pada malam Isnin lalu.

Rata-rata penonton menyelar pihak TV3 serta penerbit program berkenaan kerana dianggap tidak sensitif selain melanggar permintaan Allahyarham selepas pemergiaannya.

Program berdurasi selama sejam itu memaparkan kehidupan dan perjalanan kerjaya Allahyarham sepanjang bergelar anak seni yang turut memaparkan kembali gambar-gambar lama sebelum Allahyarham bertudung.

Sementara itu, wakil stesen televisyen itu yang dihubungi berkata, pihaknya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap perkara tersebut berikutan ia merupakan pandangan peribadi masing-masing.

Sharifah Aini meninggal dunia pada 5 Julai lalu kira-kira pukul 1.26 pagi di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat fibrosis paru-paru   selain virus Influenza A H1N1.

Kunjungi HalFest Dari 3 Hingga 7 September Ini

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas