Connect with us

Oh! Media

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Umum

Tuntutan RM1 Juta Awie Terhadap Isteri Ditolak Mahkamah

Nampaknya hasrat penyanyi rock terkenal, Awie yang menuntut sejumlah RM1 juta daripada isterinya, Rozana Misbun gagal apabila permohonannya itu ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam.

ADVERTISEMENT

Bukan sahaja gagal mendapat kembali wang yang dituntut malah Awie juga gagal mendapat semula hak penjagaan sementara ketiga-tiga anak mereka.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, selaku pemohon dalam tuntutannya mahu pihak responden iaitu Rozana menanggung kos atau membayar ganti rugi kepadanya berdasarkan dakwaan fakta-fakta tidak benar dalam tuntutan balas berhubung hak penjagaan anak-anak mereka.

Terdahulu Rozana, telah mendapat hak penjagaan sementara anak-anak mereka pada 27 Januari lalu dan mahkamah telah mengekalkan hak penjagaan sementara kepada Rozana itu dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah di sini iaitu Muhammad Fathi Saleh.

Menurut Rozana, walaupun agak terkilan apabila Awie ingkar perintar mahkamah kerana anak sulungnya masih belum diserahkan kepadanya, Rozana bersyukur dengan keputusan mahkamah.

“Alhamdulillah sahaja yang mampu saya ucapkan ketika ini apabila mahkamah mengekalkan hak penjagaan sementara itu kepada saya.

“Saya yang melahirkan mereka dan tiada kata dapat digambarkan perasaan saya biarpun Merrah tidak bersama saya,” katanya.

Anak-anak berkenaan adalah Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5.

OHMEDIA: Semoga krisis antara mereka diselesaikan dengan cara baik. Kesian anak-anak.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas