Connect with us

Oh! Media

Tunang Intan Najuwa Beza 16 Tahun, Kena Kecam Teruk Dengan Netizen!

Umum

Tunang Intan Najuwa Beza 16 Tahun, Kena Kecam Teruk Dengan Netizen!

Korang ni mulut puaka betul kan? Biarlah Intan Najuwa tu nak bertunang dengan sesiapa pun yang dia nak. Dah nama pun jodoh yang ditentukan Allah SWT, takkan kita nak menolak takdir pula kan? Tak baik tau mengata orang lain takut nanti kena batang hidung sendiri pula dan tak salah pun nak berkahwin dengan orang yang lebih tua daripada kita.

ADVERTISEMENT


Beza Intan dan tunangnya 16 tahun je gais sebab kalau korang tengok artis Lisa Surihani dan suami dia, Yusry Abdul Halim tu beza 15 tahun tau. Bahagia je? Tak ada masalah pun. Bukan sebab lelaki dia kaya ke apa, mungkin tu bonus buat Intan. Lagipun Intan ikhlas kenal dengan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis yang merupakan seorang usahawan berasal dari Kedah.

Lebih baik kita jaga mulut kita baik-baik. Tak perlu nak judge orang lain sebab semua manusia bukannya sempurna betul tak gais? Apapun, sis ucapkan tahniah kepada Intan Najuwa dan tunangnya, Fazrul Anwar Rulis. Cepat-cepat kahwin okay! Kesian makcik bawang yang masih single sibuk jadi keyboard warrior huhuhu.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog



Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas