Connect with us

Oh! Media

Trailer & Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2

Umum

Trailer & Sinopsis Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2

Lagi demam filem dari Indonesia melanda Malaysia. Kali ini giliran filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (STDY2) pula menghidangkan karya yang sangat baik untuk tontonan rakyat Malaysia. Ohmedia sendiri telah menonton filem ini awal bulan ini ketika majlis pratontonnya di Plaza Indonesia, Jakarta.

ADVERTISEMENT

Kami merasakan ini adalah sebuah karya adaptasi dari novel yang kelihatan ‘simple’ sahaja tapi bila plot dan jalan cerita diolah dengan amat baik ditambah pula dengan OST yang sangat sedap, sekaligus ianya memberikan makna yang sangat mendalam kepada sesiapa yang menontonnya.

Jangan hairan kalau orang sebelah atau anda sendiri asyik menyapu air mata di pipi. So standby dengan tisu siap-siap lah dari rumah ye? Hehe!

SYTD2 ini merupakan kesinambungan dari kejayaan filem pertama mereka sebelum ini di mana masih gah dengan rating mencecah 9.1/10 di IMDb.

Trailer & Sinopsis:




Secara umumnya filem yang diadaptasi dari novel karya Asma Nadia ini menceritakan tentang sebuah kisah permasalaan kehidupan rumah tangga diantara pasangan Andika Prasetya (lakonan Fedi Nuril) dan Arini (lakonan Laudya Cyntia Bella) yang mana pada awal perkahwinan mereka berjalan dengan harmoni dan bahagia.

Namun semuanya berubah apabila adanya orang ketiga di dalam hubungan rumah tangganya iaitu Meirose (Raline Shah) yang membuat mereka terpaksa hidup dalam kemelut poligami. Akhirnya Meirose melarikan diri bersama anaknya, Akbar. Meirose hidup bersama ayah kandungnya dan memutuskan hubungannya dengan sesiapapun di Indonesia.

Empat tahun kemudian Arini ke Budapest untuk mempromosi bukunya namun Prasetya datang kemudian. Di sana, Arini tidak menduga bahawa di Budapest dia akan bertembung dengan Meirose dan juga Akbar.

Meirose ketika itu berniat untuk menuntut cerai secara rasmi dari Prasetya kerana telah mempunyai teman hidup sendiri. Pertemuan dengan Arini membuat Meirose menjadi ragu dengan pilihan hidupnya. Arini begitu tulus menyayangi dirinya dan Akbar, serta amat berharap agar Meirose kembali pada Prasetya atas sebab yang amat menyayat hati sesiapa sahaja yang menonton.

Komen Oh! Media:

Kami menonton filem ini tanpa menonton dahulu SYTD yang pertama. Ternyata filem ini sangat mudah difahami biarpun kami tidak menonton filemnya yang terdahulu. Lakonan yang mantap dari para pelakon menjadikan filem ini sangat menjadi dan mampu mengalirkan air mata sesiapa sahaja yang menontonnya. Kami pasti filem ini akan mendapat tempat di hati para penonton di Malaysia.

8/10 untuk filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.

Gambar Sekitar Pratonton SYTD2 di Jakarta

 

Catatan Krew Semasa Kami Di Jakarta

1 Februari 2016

(Waktu Malaysia)
4:20  – Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
5:00  – Sampai Ke KLIA.
5:45  – Check in di kaunter Garuda Airline.
8:40  – Kapal Terbang Berlepas Ke Seokarno Hatta International Airport (SHIA).
11:00 – Sampai Airport SHIA dan waktu Indonesia 10:00 pagi waktu Indonesia.

(Waktu Indonesia)
10:30 – menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak Antena Entertainment untuk ke Hotel yang telah disediakan.
11:45 – menempuh jem yang teramat sangat akhirnya sampai juga ke Hotel All Seasons Thamrin.
13:00 – Bersiap untuk ke Pratonton Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2.
14:30 – Sampai Plaza Indonesia untuk memulakan sesi media & pendaftaran media.
19:00 – Semua artis sampai untuk sesi Pratonton.
20:30 – Sesi sidang media bermula.
21:00 – Sesi wawancara artis serta sesi bergambar.
22:30 – Majlis bersurai.
22:40 – Krew kami bergerak balik ke hotel.

2 Februari 2016

13:00 – Bersiap untuk ke Lapangan Terbang SHIA.
13:30 – Sampai ke Lapangan Terbang SHIA.
14:40 – Check in masuk.
17:10 – Pengumuman penanguhan jadual perjalanan selama 1 jam 30 minit.
18:40 – Mula naik ke kapal Terbang.
22:25 – Sampai ke KLIA pada jam 10:25 malam waktu Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas