Connect with us

Oh! Media

Tips Untuk Wanita Melancong Secara Solo

Umum

Tips Untuk Wanita Melancong Secara Solo

Sedih pula tajuk pada kali ini. Wanita melancong secara solo atau berseorangan. Tidak dinafikan, ramai wanita masa kini memilih untuk mengembara secara solo untuk tujuan bisnes, melepaskan stres, atau suka-suka. Walaupun sebab utama wanita melancong lebih kurang sama sahaja dengan lelaki, wanita perlu memikirkan lebih banyak aspek berbanding lelaki.

ADVERTISEMENT

Daripada isu keselamatan, hinggalah perbezaan budaya, pengembara wanita akan menghadapi lebih banyak cabaran semasa bercuti secara solo. Namun begitu, ia boleh dilelakkan jika langkah berjaga-jaga diambil dari awal lagi.

Belajar tentang destinasi korang

Cari sebanyak mungkin informasi tentang destinasi yang dituju terutamanya kalau korang nak bercuti di luar negara. Tempat baru dengan kepercayaan agama dan budaya berlainan akan memberi kesan yang agak drastik.

Berkemungkinan besar, korang perlu mengadaptasi cara berpakaian dan perlakuan korang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan orang di sana. Jangan terkejut jika apa yang dianggap sebagai gangguan seksual di sebuah negara, ia dianggap sebagai cara bersosial di sebuah negara yang lain.

Jadi, elakkan memakai pakaian yang terlalu terdedah untuk mengelakkan daripada menjadi tumpuan. Pakailah pakaian yang longgar dan sopan sikit. Nanti tak ada lah orang tengok atas bawah!

Keselamatan hotel dan ppenginapan

Apabila tiba di hotel penginapan, cuba berkenalan dengan staf yang akan menguruskan para pengunjung. Diaorang ini bertugas untuk mengawasi proses keluar masuk dalam sesebuah bangunan. Tanya diaorang sama ada korang boleh tak menemani korang hingga ke bilik kalau korang sampai di hotel pada lewat malam. Tapi janganlah suruh dia teman sampai dalam bilik ya hahahaha.

Kalau boleh, minta bilik di tingkat yang lebih tinggi, berdekatan dengan lif, tetapi jauh dengan pintu keluar kecemasan, tangga dan kerja-kerja pembangunan. Jangan sesekali menerima bilik yang memerlukan kerani untuk menjerit memanggil nama dan nombor bilik korang.

Semasa pergi ke meja depan, dapatkan kad hotel yang tercatat nama hotel, alamat dan nombor telefon dari kaunter. Pastikan kad ini sentiasa ada bersama korang. Apabila berada di dalam bilik, pastikan pintunya mempunyai peephole (lubang mengintip) dan deadbolt. Kalau tidak, jangan sesekali membuka pintu untuk seseorang yang korang tak kenal.

Pengurusan dokumen perjalanan

Buat dua salinan untuk dokumen perjalanan yang penting. Satu salinan untuk digunakan semasa trip, dan satu lagi diberikan kepada keluarga atau kawan untuk disimpan di rumah. Nanti apa-apa terjadi dekat korang, senang diaorang ada dokumen korang.

Kemas barang dengan bijak

Kemas barang dengan bijak. Pastikan beg ringan dan senang dibawa ke mana-mana. Ini akan mengelakkan korang daripada menjadi target pencuri dan peragut. Elakkan daripada membawa beg yang besar dan mahal.

Kunci semua beg dan guna tag beg tertutup dengan alamat pejabat, bukan alamat rumah. Bawa satu kad kredit sudah mencukupi dan jangan simpan semua duit dalam satu tempat sahaja. Kalau boleh, korang simpan sikit duit dekat pocket tersembunyi dalam beg korang dan selebihnya mimin sarankan korang simpan duit tu dekat dalam pocket seluar korang dan mana-mana yang korang rasa selamat nak simpan.

Pergerakan dan pengangkutan 

Cari informasi tentang cara pengangkutan yang terdapat di destinasi terlebih dahulu terutamanya kalau korang akan sampai lewat. Agen travel boleh membantu membuat pilihan yang paling selamat dan menguruskan apa-apa yang perlu.

Kalau korang menyewa kereta, gunakan peta sebaik-baiknya. Catat arah yang dituju terlebih dahulu dan jangan lupa untuk membawa telefon bimbit. Kalau tak tahu guna peta, boleh guna waze atau google maps. Yelah, zaman sekarang kan teknologi canggih.

Kenali persekitaran korang

Kaji peta tentang tempat yang korang lawati. Belajar sebanyak mungkin cara-cara untuk mengelakkan daripada kelihatan seperti pelancong yang sesat. Jangan malu untuk bertanya orang di sana tentang tempat yang boleh dilawati dan tidak boleh dilawati.

Perancangan melancong yang baik akan menjadi pengalaman melancong terbaik

Dengan perancangan dan nasihat daripada agen pelancongan yang professional, percutian atau trip perniagaan anda akan menjadi selamat tanpa sebarang masalah. Ia akan menjadi pengalaman indah yang tidak akan dapat dilupakan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas