Connect with us

Oh! Media

Nah!! Tiket Wayang Menonton “Isyarat Cinta” Secara Percuma!!

Umum

Nah!! Tiket Wayang Menonton “Isyarat Cinta” Secara Percuma!!

Filem Isyarat Cinta telahpun menemui para penonton di seluruh pawagam tanahair bermula hari ini. Naskah sempurna dari Datuk Rosyam Nor dan pengarahnya Bade Haji Azmi ini akan turut ditayangkan di Brunei dan Singapura.

ADVERTISEMENT

Kami telah memberikan pandangan tentang filem Isyarat Cinta ini semalam dan di Facebook, Twitter & Instagram juga kami selalu ingatkan agar pergilah beramai-ramai menonton filem ini kerana ianya tidak mengecewakan.


BACA: Respon Oh! Media Tentang Filem Isyarat Cinta


Apapun seperti yang Oh! Media dah janjikan semalam, hari ini kami akan berikan beberapa keping tiket untuk menonton filem Isyarat Cinta kepada followers Oh! Media yang mana korang boleh bawa pasangan masing-masing untuk menonton filem Isyarat Cinta ini di mana-mana pawagam yang terpilih.

Caranya untuk menang tiket ini mudah sahaja,  korang hanya perlu memberikan komen sekreatif dan semenarik mungkin di bahagian bawah artikel ini tentang mengapa korang nak sangat menonton filem Isyarat Cinta ni.

Penyertaan dengan komen yang paling kreatif dan menarik akan kami pilih sebagai pemenang. Senang bukan? Terima kasih kepada pihak RK Screen dan juga Skop Production untuk tiket-tiket ini. Oh ya, kami buka penyertaan sehingga jam 12 tengah malam ini.

Selamat mencuba tau!!

Nota: Isyarat Cinta tidak akan ditayangkan di Astro First. Jadi siapa yang terlepas peluang nak tengok filem ni memang rugi. Lagi syok tonton secara percuma pulak tu. Cepat join contest ok! 

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas