Connect with us

Oh! Media

Tidak Terfikir Untuk Berhenti Menyanyi Walaupun Bergelar Seorang Pensyarah – Najwa Latif

Umum

Tidak Terfikir Untuk Berhenti Menyanyi Walaupun Bergelar Seorang Pensyarah – Najwa Latif

Siapa tidak kenal dengan seorang penyanyi yang popular dengan lagu cinta muka buku pada suatu ketika dahulu iaitu Najwa Latif yang kini telahpun berusia 23 tahun. Kini, Najwa latif agak kurang untuk keluar di kaca televisyen atau pun radio, tetapi Najwa berkata, dia belum terfikir untuk meletakkan titik noktah pada kerjaya nyanyian walaupun kini sudah bergelar sebagai seorang Pensyarah.

ADVERTISEMENT

Najwa kini menjadi seorang pensyarah di UNITAR sejak Februari lalu dan mengajar subjek Bahasa Inggeris di sana.

“Saya tidak nafikan, ada peminat bertanyakan mengenai status kerjaya seni saya ketika ini. Untuk pengetahuan mereka, saya masih menyanyi dan undangan mengadakan persembahan juga diterima seperti biasa. Malah, setiap bulan ada sahaja jemputan yang saya penuhi.

“Saya juga masih aktif menghasilkan lagu. Kira-kira lapan bulan lalu, saya tampil dengan single ciptaan sendiri berjudul Jauh, manakala liriknya hasil tulisan kakak saya, Syafiqah. Alhamdulillah, sambutan yang diterima tetap positif.

“Pada bulan depan pula saya akan merakamkan single baharu diberi judul KLIA (Kau Lupa Itu Aku). Ia sebuah lagi karya hasil ciptaan kami berdua,” katanya.

“Pada usia sekarang, saya tidak lagi mengejar populariti. Meskipun nama saya mungkin tidak lagi sehangat dulu, namun saya gembira dengan kehidupan dilalui kini.

“Fokus utama saya saat ini adalah pada keluarga, pelajaran dan diri sendiri. Selebihnya, saya serahkan pada ketentuan rezeki.

“Jujurnya saya gembira dengan kehidupan sekarang. Selain menyanyi dan bekerja sebagai pensyarah, saya juga menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya,” katanya.

“Apatah lagi, memang sejak dulu saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah Bahasa Inggeris,” katanya.

Najwa juga turut memasang impian menyambung pengajiannya ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan sama.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas