Connect with us

Oh! Media

Sekali Sapu, Seminggu Ketiak Tak Berbau! Revolusi Terkini Dari Sens8

Branded

Sekali Sapu, Seminggu Ketiak Tak Berbau! Revolusi Terkini Dari Sens8

Mesti ramai yang mempunyai masalah ketiak berbau kan? Fuh, kadang-kadang tu orang lalu sebelah kita, punya tengik bau ketiak dia. Kita pun tutup hidung dan lepas tu tarik nafas panjang guna mulut. Tapi sebenarnya kita tak perasan yang ketiak kita pun apa kurangnya. Ialahkan bila hidung dah sebati, mana nak bau ketiak sendiri. Hahaha!

Kalau kita tengok balik sejak berpuluh tahun lalu, boleh dikatakan kita sememangnya perlu bergantung dengan pewangi ketiak setiap hari. Kalau tak sapu atau sembur dekat area tu, faham-faham ajelah orang sebelah jeling sampai nak terpusing mata dia.

Korang pernah tahu tak kewujudan deodorant jenis tisu yang bila kita sapu, bau ketiak hilang sampai seminggu ketahanan dia setiap kali sapuan?

Bila produk ni sampai di office Oh! Media, memang rasa macam tak ada apa yang istimewa. Ialah kita masing-masing dah ada deodorant pilihan favourite masing-masing. Sehinggalah kami pun mencubanya sendiri.

Bila fikir balik, dah berapa banyak duit dihabiskan pada deodorant. Kadang-kadang bila beli deodorant terutamanya yang jenis sembur tu dekat dalam angin lebih banyak dari isi. Pakai tak sampai setengah bulan, dah pun habis. Tinggal angin aje yang dia sembur ke ketiak. Nak pula kalau korang beli yang kononnya beli satu dapat percuma satu lagi yang bersaiz kecil, yang saiz kecil tu boleh dikatakan 99.999% adalah angin. Sungguh kurang ajar.

Sebab tu perlunya kita fikir bagaimana kalau kebergantungan pada deodorant dan kekuatan jenama besar ni dapat dihentikan sedikit demi-sedikit ataupun mungkin serta-merta? Bagaimana kalau ada produk yang jauh lebih baik dari itu tapi kita tak pernah pun tahu?

Produk dari Ombak Medispa, Magic Tisu Sens8 ini sebenarnya adalah “The Real Deodorant” yang kurang diketahui ramai. Bayangkan dengan sekali sapuan di bahagian ketiak sahaja, ketiak tak akan berbau untuk 1 minggu! Lebih menarik lagi ianya anti peluh dan ketahanannya tidak mungkin akan hilang biarpun selepas mandi.

Dari percubaan Ohmedia sendiri, produk ini memang memberikan apa yang dijanjikan. Ianya tidak meninggalkan kesan, tidak melekit langsung, dan tidak meninggalkan sebarang warna di baju. Seriously, korang kenalah cuba sendiri kalau nak tahu kebaikan dia.

Kami tak akan review jika ianya scam atau penipuan. Produk ini benar-benar melaksanakan apa yang dijanjikan. Jadi kalau nak tahu lebih lanjut tentang Magic Tisu Sens8 ni, boleh ke Facebook Magic Tisu Sens8-Pakar Hilang Bau Badan atau datang sendiri ke Ombak MediSpa di Alam Damai, Cheras.

OMBAK MEDIC SPA
No. 8-1 Jalan Damai Raya 2,
Alam Damai,
54000 Cheras,
Kuala Lumpur.

Selain dari itu, di Ombak Medic Spa juga ada menjual SuperPOWER SteamCell yang berasaskan daripada Placenta Rusa. Menurut mereka dengan corak hidup yang tidak teratur bagi kebanyakan orang dewasa telah mengundang banyak penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, penyakit jantung, dan banyak lagi. Untuk itu pentingnya sikap untuk mencegah sebelum perlunya mengubati.

Placenta Rusa dipilih kerana ianya mengandungi sel hidup yang boleh membantu untuk membaik-pulih sel badan. StemCellnya mampu membiakkan hampir 100 kali lebih daripada sel normal. Setiap kapsul mengandungi bio-aktif yang membantu percambahan sel dan peremajaan seperti asid amino, phospholipids, dan banyak lagi.

Untuk yang berminat mendapatkan mana-mana produk ini, boleh datang sendiri ke Ombak Medic Spa di Alam Damai atau hubungi mereka melalui Whatsapp di talian 019-222 3222 dan 019-222 1220 sekarang.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas