Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Ya Allah, 24 Tahun Pinjamkan Dia Untuk Saya” – Ibu Iman Aqmar

Imanaqmar

Oh! Tidak

“Terima Kasih Ya Allah, 24 Tahun Pinjamkan Dia Untuk Saya” – Ibu Iman Aqmar

Jenazah Imran Iqmal yang ditemui Sabtu yang lalu telah selamat dikebumikan kira-kira jam 1 pagi tadi.

BACA: Hilang Ketika Tukar Kereta, Ibu Minta Jasa Orang Ramai Cari Anak Hilang

Imran yang dilaporkan hilang sejak 10 bulan lepas ditemui oleh seorang pengguna jalan raya yang berhenti untuk membuang batang besi yang ditemui terjatuh di atas sebuah jambatan sungai berkenaan.

IKLAN

Ibu reda dengan pemergian Iman

Screenshot 2022 07 26 at 113940

Dalam pada itu, ibu kepada Allahyarham Iman melahirkan rasa syukur selepas segala urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, berjalan lancar.

Sudah selesai Ya Allah, terima kasih Ya Allah, 24 tahun Allah pinjamkan dia untuk saya.

Ya Allah syukur Alhamdulillah, dia (arwah) anak yang terbaik untuk saya. Semua sudah selesai perjalanan ini.

Reda, saya rasa lega, kepala rasa ringan, rindu pada dia sudah hilang. Saya sudah tahu dia ke mana. Ini semua ketentuan Allah.

Menurut Azmawati, dia akan teringat akan anaknya itu setiap masa dan akan tertanya-tanya ke mana anaknya pergi sepanjang tempoh hampir 10 bulan kehilangannya itu.

Tempoh yang lama, tetapi sekarang hati saya lapang sangat, sebelum ini beban kerana terfikir-fikir mana anak aku?

Kalau hujan macam sekarang ini, saya akan fikir abang di mana ya? Sekarang ini saya sudah tahu dia ada di sini, Sang Pencipta dia sudah ambil, saya reda.

Semoga roh Allahyarham Iman Aqmar ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas