Connect with us

Oh! Media

Bekas Calon Pilihan Raya Tertua, Tok Mun Meninggal Dunia

Oh! Tidak

Bekas Calon Pilihan Raya Tertua, Tok Mun Meninggal Dunia

Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof yang merupakan bekas calon tertua bagi Pilihan Raya Umum ke-12 dan 13 (PRU-12 dan PRU-13), meninggal dunia akibat sakit tua semalam.

ADVERTISEMENT

BACA: Hamid Gurkha, Pelawak Legenda Meninggal Dunia Akibat Penyakit Tibi

Memetik laporan Kosmo, beliau yang pernah bertanding sebanyak dua kali sebagai calon bebas bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu bagi kedua-dua PRU tersebut meninggal dunia pada usia 103 tahun pada jam 3.30 petang di rumahnya di Kampung Sungai Atas Tol.

Menurut salah seorang cucunya, Tuan Norazlina Tuan Lah, 51, kesihatan arwah neneknya yang disahkan menghidap penyakit buah pinggang mula merosot sejak empat bulan yang lalu.

Kami sekeluarga baru menyambut ulang tahun kelahiran nenek yang ke-103 pada 24 Jun lalu, waktu itu keadaan kesihatannya semakin merosot.

Doktor memaklumkan dia mengalami kebocoran pada bahagian buah pinggang, kerosakan pada organ hati selain terdapat tanda-tanda kanser.

Tuan Norazlina turut menambah bahawa berita pemergian Tok Mun diketahuinya menerusi panggilan telefon oleh salah seorang ahli keluarga yang menjaga arwah neneknya.

Untuk info, Maimun gagal merebut Parlimen Kuala Terengganu dengan hilang wang pertaruhan pada PRU-12 dan PRU-13 yang berlangsung pada tahun 2008 dan 2013.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas