Connect with us

Oh! Media

Teman Wanita Ismail Izzani Masih Trauma Dan Takut?

Umum

Teman Wanita Ismail Izzani Masih Trauma Dan Takut?

Penyanyi baru dan juga teman wanita kepada Ismail Izzani, Shalma Eliana masih trauma dan takut dengan kejadian yang menimpanya sehingga menyebabkan kaki kanannya patah pada bulan Ogos yang lalu. Aduh, kesian Shalma Eliana.

ADVERTISEMENT


Kejadian itu terjadi disebabkan ingin melakukan lompatan ke dalam kolam renang untuk suka-suka. Walau bagaimanapun, Shalma Eliana adalah adik kepada pengacara untuk rancangan Motif Viral iaitu Shalma Ainaa. Apapun, sis doakan agar Shalma Eliana cepat sembuh okay?

A post shared by YANA (@shalmaeliana) on

Memang saya trauma, memang tak akan lompat-lompat dah. Kalau mandi tu saya ok lagi tapi kalau buat aksi lompat memang saya cukup trauma. Walaupun dulu saya pernah buat ‘bungee jumping’, tapi bila kaki saya dah retak ni memang saya trauma dan takut. Mungkin sebab masih lagi berjiwa muda, darah muda jadi semua benda nak cuba. Doktor pun siap tanya umur berapa, bila tahu saya baru 19 tahun , dia senyum je. Setakat ini, keadaan kaki kanan yang patah masih lagi dalam pemantauan doktor dan dijangka mengambil sedikit masa untuk pulih. Bergantung pada badan saya juga.




Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas