Connect with us

Oh! Media

Dituduh Sebagai Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Kepada Stesen TV

Umum

Dituduh Sebagai Escort Girl, Tasha Shilla Hantar Notis Amaran Kepada Stesen TV

ADVERTISEMENT

Dek kerana kontroversi yang mengaitkan Tasha Shilla yang didakwa menjadi gadis peneman atau escort girl, pelakon itu bertindak untuk tampil demi membersihkan namanya.

Menerusi satu sidang media yang diadakan di Bangsar pagi tadi, Tasha yang ditemani oleh peguamnya Fahda Nur Ahmad Kamar meminta agar semua pihak tidak mengaitkan namanya sebagai kontroversi negatif itu.

“Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

“Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah olah saya melakukan perkara itu.

“Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh,” katanya.

Tasha juga memaklumkan bahawa dia telah menghantar notis kepada satu stesen TV kerana mencetuskan kontroversi menerusi satu program hiburan popular yang disiarkan baru-baru ini.

Melalui program itu, Tasha telah diajukan soalan adakah benar dia salah seorang daripada 10 artis wanita yang menjadi escort girl yang dilaporkan oleh sebuah akbar tempatan.

“Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.

“Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu ia selesai cara baik.

“Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini,” jelas Tasha. 

Sementara itu peguam Tasha, Fahda berkata pihaknya sedang menimbang untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program hiburan berkenaan.

Setakat ini mereka belum berbincang untuk tindakan susulan, walaupun mengakui boleh mengemukakan saman fitnah kepada stesen TV berkenaan.

OHMEDIA: Semoga dapat diselesaikan dengan cara baik. 

————————————————————

www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas