Connect with us

Oh! Media

Tam Spider Timang Anak Perempuan

1jpg

Umum

Tam Spider Timang Anak Perempuan

Penyanyi dan komposer Tam Spider atau Rustam bin Mustafa telah menimang seorang lagi cahaya mata perempuan semalam. Menurut isterinya, Aida Mustafa, dia dan bayi  dalam keadaan sihat.

“Saya masuk hospital lebih kurang jam 10 pagi, kemudian jam 12 lebih masuk bilik pembedahan dan lebih kurang jam 1, selamat bersalin.

“Oleh kerana dua anak terdahulu lahir dengan menggunakan kaedah pembedahan, untuk anak ketiga ini pun kena bedah juga. Tak apalah yang penting anak selamat dan segalanya berjalan lancar.

IKLAN

“Alhamdulilah abang Tam, dah ada tiga anak lelaki Alif, 24, Afiq, 8, Aqil, 5, dan kali ini dapat pula anak perempuan, syukur,” katanya.

Tam Spider sekarang sedang giat mempersiapkan anak muridnya di Mentor Otai final pada Ahad ini. Oleh itu, kita masih menantikan perkongsian wajah dan nama anak mereka.

Tahniah kepada Tam Spider dan isteri atas kelahiran anak perempuan yang selama ini mengimpikan untuk mempunyai seorang anak perempuan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas