Connect with us

Oh! Media

(Takziah) Siti Nurhaliza Akui Keguguran

Umum

(Takziah) Siti Nurhaliza Akui Keguguran

ADVERTISEMENT

Nampaknya berita gembira tentang kehamilan penyanyi tersohor Dato Siti Nurhaliza tidak berpanjangan.

Hari ini ini, Siti mengumumkan melalui laman sosial Instragramnya mengesahkan bahawa beliau telah mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 2 bulan.


“Bismillahirahmannirohhim … Tanggal 1hb Dec … Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang..

Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan ‘FRAGILE’ untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..

Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya..

Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni 😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik🙈🙈dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant).

Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya…teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan..

Sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah …Wassalam..” – Siti Nurhaliza.

Walaubagaimanapun, Siti bersyukur kerana sempat merasai nikmat bersama zuriatnya walaupun hanya dua bulan.

Ramai peminat berasa sedih diatas berita itu dan mendoakan semoga penyanyi kesayangan mereka tabah menghadapi dugaan itu dan semoga ada hikmah disebaliknya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas