Connect with us

Oh! Media

(Tahniah) Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Sah Hamil 4 Bulan

Umum

(Tahniah) Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dayana Sah Hamil 4 Bulan

Tahniah diucapkan kepada keluarga bahagia Ashraf Muslim kerana bakal menimang cahayamata lagi apabila isteri pertamanya Dayana yang telah nikahi selama 4 tahun kini telah sah hamil 4 bulan.

ADVERTISEMENT

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Ashraf dan ternyata bersyukur dengan kurniaan Allah SWT selepas 4 tahun menanti. Yang menariknya kedua-dua isteri Ashraf iaitu Dayana dan Wan Sakinah kini sedang hamil.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya”

“Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil. Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka,” kata Ashraf lagi kepada portal Murai.

Ashraf dan Dayana mendirikan rumahtangga pada Ogos 2011 manakala pada Julai 2013 Ashraf mengahwini Wan Sakinah di Thailand dan telah dikurniakan cahayamata pertama, Sarah Ashraf yang kini berusia satu tahun.

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas