Connect with us

Oh! Media

Taehyung BTS Memakai Baju Melayu Aaron Aziz Pemberian Peminat Malaysia

Umum

Taehyung BTS Memakai Baju Melayu Aaron Aziz Pemberian Peminat Malaysia

Related image

Peminat tegar K-Pop pastinya mengenali Kim Taehyung atau V dari kumpulan BTS lebih-lebih lagi baru-baru ini nama Taehyung menjadi sebutan di Malaysia gara-gara beliau tampil memakai sepasang baju melayu Aaron Aziz dari Jakel. 

Turut mendapat perhatian ialah Kim Seok-Jin atau Jin yang juga menggayakan kurta yang dihadiahkan oleh Syahirah Adila Zainudin dan Siti Sofheia.

Syahirah dan Siti Sofheia sanggup berbelanja hampir RM400 termasuk kos penghantaran ke Korea Selatan semata-mata ingin memberikan hadiah kepada bintang hallyu pujaan mereka. 

Sehingga kini Tweet tersebut berjaya meraih 13,000 retweet daripada peminat BTS. Menurut Syahirah, dia dan juga rakannya menerima pertanyaan daripada peminat BTS dari luar negara mengenai baju tersebut.

ADVERTISEMENT

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas