Connect with us

Oh! Media

Syura Bercerai September lalu, Suami Mahu Rujuk

Umum

Syura Bercerai September lalu, Suami Mahu Rujuk

ADVERTISEMENT

Walaupun sebelum ni gosip keretakan rumahtangga penyanyi dan pemenang Masterchef Selebriti Musim Ke-2, Syura bertiup kencang namun dia tidak pernah mengesahkan perkara tersebut.

Semalam, amat mengejutkan kerana suami Syura, Mohd Fadhly Md Yassin, 33, kelihatan hadir ke mahkamah untuk membuat pengesahan lafaz rujuk.

Pasangan ini rupanya telah sah bercerai sejak bulan September yang lalu. Fadhly mengakui hidupnya terasa kosong tanpa kehadiran isteri. Oleh itu dia merayu agar Syura itu menerima cintanya kembali kerana masih menyayangi penyanyi itu dan mahu memulakan kehidupan baru bersama tiga anak yang semakin membesar.

“Hidup saya kosong tanpa dia dan ia mula memberikan kesan kepada anak-anak kami yang sedang membesar.

“Saya tidak pernah bencikan dia malah menyintai dia namun keputusan sama ada untuk meneruskan perkahwinan ini terletak ditangannya,” kata Mohd Fadhly.

“Sejak dari awal saya tidak pernah terfikir untuk bercerai tetapi perkara sudah berlaku dan saya sudah pun merujuk dengannya secara lisan bulan lalu.

“Tetapi nampaknya dia tetap dengan pendiriannya untuk berpisah dan saya masih berusaha untuk memenangi kembali hati dia,” katanya.

Mohd Fadhly yang merupakan seorang guru sekolah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pengesahan lafaz rujuk namun terpaksa ditangguhkan selepas Syura, 28, gagal menghadirkan diri pada sidang tersebut.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan 20 Januari 2015 untuk sebutan semula kes berkenaan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas