Connect with us

Oh! Media

Pelakon Syukri Yahya Sah Bernikah Dengan Tya Adnan

Ohmedia syukriyahaya nikah 3png

Umum

Pelakon Syukri Yahya Sah Bernikah Dengan Tya Adnan

PUTRAJAYA: Pelakon Shukri Yahaya selamat bergelar suami kepada pasangannya Tya Adnan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 3.36 petang pada petang Jumaat.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

IKLAN

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri, Ahmad Adnan Ishak.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 27, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pada majlis sama, Shukri turut memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak Tya.

Sementara itu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan ketika ditemui berkata, dia bersyukur selamat bergelar isteri kepada Shukri dan tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga.

“Alhamdulillah kami kini sah sebagai suami isteri dan perasaan sudah tentu gembira dan bersyukur. Kami tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga selepas ini,” katanya.


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas