Umum
Syed Abdullah Pula Mohon Maaf – Sedia Terima Hukuman dan Harap Jadi Pengajaran Buat Anak Muda

Berikutan dengan isu tersebarnya gambar seorang artis wanita Emma Maembong bersama abang kepada Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah semalam, kini Syed Abdullah pula tampil secara terbuka meminta maaf kepada semua melalui update terbaru instagram miliknya.
“Ini semua salah Syed dan kecuaian Syed seorang. Janganlah hubung kait kesilapan Syed dengan keluarga Syed dan rakan-rakan Syed. Biar saya berdepan dengan kesilapan saya.
“Kepada rakyat Malaysia, terima kasih atas nasihat anda dan sokongan moral yang saya terima. Saya menerima segala kritikan secara positif dan berjanji memperbaiki diri,” tulisnya.
Syed Abdullah juga turut menegaskan bahawa pihak yang menyebarkan perkara ini tidak akan berjaya menggugat hubungan kekeluargannya dan dia sedia untuk dikecam dan berharap insiden berkenaan menjadi teladan bagi anak muda lain.
Dalam perkembangan lain, Kamal Adli yang juga pernah rapat berkawan dengan Emma Maembong turut meninggalkan kata-kata semangat buat Emma.
“Stay strong ya. ALLAH kan ada”. tulis Kamal.
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.
