Connect with us

Oh! Media

“Sumpah Demi Allah, Demi Rasul Saya Tidak Buat Perkara Itu” – Syamsul Yusof

Umum

“Sumpah Demi Allah, Demi Rasul Saya Tidak Buat Perkara Itu” – Syamsul Yusof

Pelakon dan pengarah berbakat besar Syamsul Yusof menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang telah dikemukan oleh seorang penulis novel dengan dakwaan Syamsul menciplak hasil karyanya tanpa izin untuk menghasilkan filem Bohsia.

ADVERTISEMENT

Syamsul Yusof yang juga pengarah filem tersebut bersumpah tidak pernah menciplak mana-mana karya untuk
menghasilkan filemnya malah tidak mengetahui wujudnya novel tersebut.

“Sumpah
demi Allah, demi Rasul saya tak buat seperti apa yang dituduh itu. Saya
tak pernah tahu pun mengenai novel itu. Jadi tak mungkin saya nak tiru.
Mungkin beberapa persamaan yang wujud dalam novel dan filem itu hanya
satu kebetulan,” jelas Syamsul.

“Papa pernah memaklumkan hal
mengenai ketidakpuasan hati seorang penulis novel mendakwa kami
menciplak novelnya menjadi filem Bohsia (2009). Mereka pernah berbincang
dan kami menafikan dakwaan itu sebab ia memang tak berlaku seperti
dituduhnya”

“Tidak sangka pula perkara ini dibawa ke tengah
sampaikan pihaknya failkan saman ke atas saya, papa dan syarikat. Dia
nak saman itu hak dia, kami kenalah lawan dengan undang-undang”

 OH! MEDIA : Tak semestinya kita tak boleh mempunyai idea yang sama. #Lol

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas