Connect with us

Oh! Media

Sufian Suhaimi Mengakui Berasa Tertekan Kerana Kurang Sihat Menjelang AJL 33

Capture 123png

Umum

Sufian Suhaimi Mengakui Berasa Tertekan Kerana Kurang Sihat Menjelang AJL 33

Menjelang Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL), penyanyi lelaki, Sufian Suhaimi yang tersenarai mengakui sedang berasa tertekan dengan masalah kesihatan yang dihadapinya di saat akhir.

Ini kerana, Sufian berasa risau dan takut jika tidak dapat mempamerkan persembahan yang terbaik dengan keadaan dirinya yang lemah.

Hasil temuramah bersama Gempak, Sufian mengatakan “Saya mula dengan demam sehingga mengakibatkan tekak berdarah sejak minggu terakhir bulan Disember tahun lalu.

IKLAN

“Tekanan untuk saya melakukan persembahan nanti lebih kepada faktor kesihatan.

“Saya takut keadaan kesihatan tidak sihat sepenuhnya serta persembahan tidak seperti yang dibayangkan nanti,”.

Sufian yang akan membawa lagu Di Matamu hasi ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen kini dikatakan sedang berhati-hati dalam memilih makanan dan sedang cuba mengelakkan dari mengambil makanan yang boleh memudaratkan tekak dan suaranya.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas