Connect with us

Oh! Media

“Stupid Parody” – Yuna Bidas Astro Hasilkan Parodi Yang Boleh Musnahkan Kerjayanya di USA

screen2bshot2b2016 08 052bat2b248512bpmpng

Umum

“Stupid Parody” – Yuna Bidas Astro Hasilkan Parodi Yang Boleh Musnahkan Kerjayanya di USA

Yuna semakin dikenali di seluruh dunia kerana bakatnya, namun sayang namanya sering menjadi sebutan dan kritikan tentang isu-isu yang tidak membina kerjayanya.

Baru-baru ini, Yuna dikecam hebat oleh netizen negara ini kerana tidak sengaja berpelukan dengan Usher diatas pentas semasa persembahan lagu Crush.

Kini, pihak stesen TV popular pula membangkitkan lagi isu tersebut dengan menghasilkan parody yang tidak sepatutnya.

IKLAN

Mungkin ada yang menonton video parody tersebut menganggap kelakar namun bagi Yuna ia seakan memusnahkan kerjayanya di USA.

Yuna meluahkan rasa kesal melalui laman sosial Facebook miliknya diatas penghasilan video parody tersebut dan mencemuh tindakan stesen TV tersebut yang dikatakan agak biadap yang boleh menimbulkan isu racist terhadap kaum kulit hitam.

Tindakan ini sekaligus mungkin membuatkan artis antarabangsa enggan berkolaborasi dengannya lagi.

Walaubagaimanapun, pihak Astro telah memberi respon tentang isu tersebut dan memohon maaf diatas apa yang berlaku.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas