Connect with us

Oh! Media

Stadium Wembley Bakal Dipenuhi 40,000 Penyokong Untuk Aksi Separuh Akhir Dan Final Euro 2020

Oh! Tidak

Stadium Wembley Bakal Dipenuhi 40,000 Penyokong Untuk Aksi Separuh Akhir Dan Final Euro 2020

Para Penyokong berasa lega apabila sebahagian pelan pasca Covid-19 di England adalah membenarkan aksi separuh akhir dan akhir Euro 2020 dihadiri sehingga 40,000 penyokong masing-masing.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan kelewatan empat minggu keputusan untuk menarik semula sekatan akibat Covid-19 di England yang sepatutnya berakhir 21 Jun berikutan kewujudan varian Delta.

Disebabkan England mencatat kemenangan 1-0 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan, Stadium Wembley akan dipenuhi penyokong berkali ganda jumlah berbanding tempoh hari.

England yang dijangka akan bertemu Scotland dan Republik Czech minggu hadapan dengan hanya kapasiti penyokong sebanyak 25 peratus di Stadium Wembley.

Bagaimanapun perlawanan terakhir pusingan 16 serta aksi separuh akhir dan final pada bulan depan akan menyaksikan kehadiran jumlah penonton paling ramai di United Kingdom (UK)) sejak 15 bulan lalu.

Wimbledon pula dibenarkan memenuhi 50 peratus kapasiti penonton sepanjang dua minggu kejohanan itu yang terpaksa dibatalkan tahun lalu disebabkan penularan Covid-19.

Aksi final wanita pada 10 Julai dan final lelaki sehari selepas itu akan disaksikan seramai 15,000 penonton di Centre Court.

“Kami mahu mengumpulkan bukti mengenai bagaimana kami dapat membuka semua acara besar dengan selamat.

“Dalam tempoh beberapa minggu ini, lebih banyak penyokong dapat menyaksikan saingan Euro dan Wimbledon serta acara kebudayaan dan sukan lain.” kata Setiausaha Kebudayaan, Oliver Dowden.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas