Connect with us

Oh! Media

Letak Sekejap Telefon Tu! Untuk Detik-Detik Indah Bola Sepak, Raikan Bersama vivo & UEFA EURO 2020™

Branded

Letak Sekejap Telefon Tu! Untuk Detik-Detik Indah Bola Sepak, Raikan Bersama vivo & UEFA EURO 2020™

Tertangguh setahun akibat virus pandemik Covid-19, Kejohanan Bola Sepak Eropah (UEFA EURO 2020™) bakal membuka tirai secara rasmi pada 12 Jun ini menerusi perlawanan pembukaan antara Turki dan Itali pada jam 3 pagi waktu Malaysia.

Jika dahulu kedai mamak terkenal sebagai tempat tumpuan peminat bola sepak menyaksikan perlawanan dan menyokong pasukan pilihan, namun kini segalanya berbeza.

Tapi korang jangan sedih dulu, baru-baru ini sebagai telefon pintar dan penaja rasmi UEFA EURO 2020™, vivo telah melancarkan kempen Untuk Detik-Detik Indah (To Beautiful Moments) bagi meraikan acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak dari seluruh dunia.

vivo ingin mengembalikan keterujaan peminat bola sepak menyaksikan UEFA EURO 2020™, bersama ahli keluarga, rakan-rakan serta peminat bola sepak tanpa gangguan telefon pintar dan paling penting menjadikan masa yang diluangkan bersama lebih bermakna walaupun hanya menonton perlawanan dari kaca televisyen di rumah.

Kempen Untuk Detik-Detik Indah dilancarkan secara rasmi minggu lalu, akan bersiaran di kaca televisyen Eropah, Timur Tengah, Asia Tenggara dan China, juga menerusi Facebook, Instagram dan YouTube.

Lebih bermakna, kolaborasi vivo dan UEFA EURO 2020™ menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, jenama telefon pintar ini bakal menjadi rakan penaja rasmi bagi acara pembukaan dan penutup yang masing-masing bakal berlangsung pada 13 Jun dan 11 Julai 2021.

Kongsi sorakan sebenar dengan #vivoSuperTime

Memandangkan dunia masih lagi berhadapan dengan ancaman pandemik, kapasiti stadium tidak akan sama seperti dahulu walaupun penonton dibenarkan untuk kembali ke stadium.

Bagi mengekalkan kemeriahan UEFA EURO 2020™, vivo ingin peminat bersama-sama kongsikan di media sosial tepukan dan sorakan bagi kesemua perlawanan yang berlangsung menerusi kempen #vivoSuperTime

Korang hanya perlu rakamkan dan muat naik video atau gambar korang sedang bersorak untuk pasukan yang korang minat. Kemudian jangan lupa sertakan #vivoSuperTime.

Apa yang menarik, sorakan korang berpeluang untuk dipilih dan membuat kemunculan pada upacara penutupan UEFA EURO 2020™. Perggh satu dunia tengok, boleh famous sekejap!

Raikan Momen Indah UEFA EURO 2020™ Dengan Teknologi Fotografi Siri X60

Baru saja dilancarkan di benua Eropah menjelang kejohanan UEFA EURO 2020™ dan turut membuat kemunculan dalam video Untuk Detik-Detik Indah. Model telefon pintar terbaru vivo, Siri X60 berjaya meletakkan jenamanya setanding dengan telefon pintar terkemuka yang lain.

Sebagai telefon pintar vivo pertama berkolaborasi bersama ZEISS, peneraju sistem optik dan optik-elektronik, Siri X60 menggabungkan inovasi vivo yang berorientasikan pengguna dengan kepakaran unggul dalam pengimejan mudah alih ZEISS untuk mencapai kemampuan perisian dan perkakasan luar biasa.

Menampilkan reka bentuk canggih dari vivo dan sistem kamera profesional ZEISS, Siri X60 adalah telefon pintar ideal untuk hasil gambar yang tajam, jelas dan kualiti yang tiada tandingan. 

Lepas ni, lebih banyak momen-momen di dalam dan luar padang perlawanan dapat dirakam dengan jelas menggunakan Siri X60.

Bukan itu saja, dengan Gimbal Stabilization 2.0,  X60 Pro menggunakan teknologi penstabilan video 5-paksi VIS terbaru, yang membolehkan pengguna merakam gambar objek yang jelas dalam gerakan dinamik dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Manakala gabungan lensa optik terbaik, sensor, algoritma pemprosesan imej dan pelbagai ciri mod membolehkan pengguna menikmati teknologi yang dahulu hanya dimiliki jurugambar profesional.

Abadikan Saat Bermakna dengan Siri Telefon Pintar Selfie Ultimate V21

Bukan itu sahaja, telefon pintar kini boleh dikatakan sebagai satu keperluan gaya hidup. Setiap detik yang kita lakukan lebih bermakna dengan rakaman gambar dan video yang boleh diabadikan sebagai kenangan.

vivo baru-baru ini melancarkan Siri V21 (V21e / V21 / V21 5G), telefon pintar selfie pertama di pasaran global. 

Siri V21 mempamerkan kamera depan Optical Image Stabilization (OIS) unik yang terdapat dalam salah satu reka bentuk telefon pintar paling nipis dalam industri. Ia memberikan pengalaman mudah alih di mana teknologi canggih memenuhi gaya.

Ia turut hadir dengan ciri kamera hadapan 44MP unik dengan OIS yang digabungkan dengan Pemantapan Imej Elektronik (EIS), Potret Malam AI, fokus mata automatik dan sensor cahaya yang hebat.

Ini mewujudkan satu sinergi perkakasan perisian untuk merakam gambar sendiri (selfie) dengan lebih jelas dan video berkualiti tinggi, sama ada ketika sedang menonton perlawanan bola sepak UEFA EURO 2020™ atau melakukan aktiviti harian.

Cipta memori Untuk Detik-Detik Indah bersama vivo & UEFA EURO 2020™

Bagi peminat bola sepak, jangan lepaskan peluang menonton perlawanan UEFA EURO 2020™ yang diadakan 4 tahun sekali ini. Luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan bagi menghargai detik-detik indah bersama.

Jangan lupa juga untuk kongsikan sorakan dan tepukan korang di media sosial menggunakan #vivoSuperTime.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Untuk Detik-Detik Indah korang boleh klik di SINI dan untuk info mengenai vivo, korang boleh ikuti Facebook dan Instagram vivo Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas