Connect with us

Oh! Media

Stadium Terbaik Dunia Kini Di Malaysia

jalal3jpg

Umum

Stadium Terbaik Dunia Kini Di Malaysia


Stadium kebanggaan negara Malaysia iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) diumumkan sebagai pemenang Anugerah Stadium Terbaik Dunia bagi kategori Stadium Sedia Ada di Kongres Stadium Dunia 2018. 
Stadium bertaraf antarabangsa ini menumpaskan tiga buah stadium ternama dari negara Perancis iaitu U Arena, Stade de France dan Nouveau Stade de Bordeaux. 
Pernah ditutup pada 2015 kerana diubahsuai untuk digunakan ketika Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017. Stadium ini mampu menampung kapasiti sebanyak 87,411 penonton. 
Selain daripada digunakan untuk acara sukan bola sepak olahraga, dan ragbi, stadium ini juga digunakan untuk pelbagai acara hiburan termasuklah tayangan filem Lee Chong Wei: 
Menjulang Kejuaraan. “ Ini merupakan satu berita yang amat baik dan menunjukkan sikap dedikasi dan kerja keras daripada semua pihak yang terlibat untuk memenangi anugerah,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh KL Sports City.
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN
Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas