Umum
“Spiderman” Terharu Dengan Perhatian Yang Di Berikan “Iron Man”

Walaupun mengharapkan ‘magis’, apa yang menarik bagi Tom apabila dia yang masih hijau pengalaman di Holywood kini mampu menjalin hubungan persahabatan rapat dengan Robert Downey Jr, yang juga pelakon ternama kesukaan ramai. Tom Holland tidak menyangka Robert masih mahu memantau dan memberi perhatian kepada perjalanan karier lakonannya meskipun setelah Endgame berakhir.
“Saya fikir persahabatan dengannya (Robert) sudah berakhir selepas Avengers: Endgame. Saya seperti tidak percaya dia sanggup menghubungi saya pada jam 2 pagi di London. Pada waktu awal pagi begitu, saya tidak terfikir langsung mahu menjawab panggilan itu, apatah lagi menyemak siapa pemanggilnya,” katanya. Menurutnya, dia berasakan sering ‘diselamatkan’ Robert yang sanggup menghubungi dan ingat kepadanya.
