Connect with us

Siti Nurhaliza Tersenarai Sebagai Muslim Berpengaruh Dunia 2016

Umum

Siti Nurhaliza Tersenarai Sebagai Muslim Berpengaruh Dunia 2016

 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengharumkan nama Malaysia apabila disenaraikan antara 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia dalam keluaran terbaharu The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims edisi tahun 2016.

Pencalonan itu disiarkan di laman web www.themuslim500.com baru-baru ini.

Senarai tahunan yang mula dibuat sejak tujuh tahun lalu itu menyenaraikan 500 daripada 1.7 bilion orang Islam paling berpengaruh di dunia dalam bidang masing-masing.

Selain Siti, seorang lagi selebriti dari Malaysia lain yang turut menjadi individu terbaharu dalam senarai kategori kesenian dan kebudayaan itu ialah komposer dan penyanyi, Hafiz Hamidun.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top