Connect with us

Oh! Media

“Buat Apa Cantik, Tapi Tidak Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga” – Shaheizy Sam

Umum

“Buat Apa Cantik, Tapi Tidak Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga” – Shaheizy Sam

Pelakon kacak Shaheizy Sam sebelum ini menafikan bahawa beliau pernah mempunyai hubungan cinta dengan aktres cantik Nur Fazura biarpun Fazura memberitahu pihak media bahawa mereka pernah bercinta dua tahun yang lalu.

ADVERTISEMENT

Terbaru, pelakon Syatilla Melvin yang dikatakan sedang rapat dengan Shaheizy Sam dilihat seolah-olah cuba untuk menyindir Nur Fazura melalaui status yang dimuatnaiknya di laman sosial Twitter. Walaubagaimana, Syatilla menafikan status itu untuk menyakiti hati mana-mana pihak.

Walaubagaimanapun, Sam mengakui bahawa Syatilla mempunyai kriteria untuk dijadikan calon isteri namun terlalu awal untuk mengatakan bahawa pelakon muda itu adalah jodohnya.

“Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya. Saya turut titikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak,” ujarnya.

“Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya. Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk,” tambah Sam lagi.

OHMEDIA: Apapun, kami doakan Sam jumpa jodoh yang terbaik dan yang paling sesuai untuk dirinya.

——————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas