Connect with us

Oh! Media

Shima Bersyukur Dengan Rezeki Yang Ada Di Depan Mata

Umum

Shima Bersyukur Dengan Rezeki Yang Ada Di Depan Mata

Shima atau Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaan yang merupakan penyanyi popular sekitar tahun 90-an kini didapati telah memulakan perniagaan nasi campur secara kecil-kecilan di tepi jalan.

ADVERTISEMENT

Shima berkata, meski ada yang mengutuk di belakangnya, namun dia percaya pada rezeki serta akur dengan peluang yang ada di depan mata.

“Apa yang boleh saya buat, sudah itu sahaja peluang yang ada ketika ini. Keadaan memaksa saya berniaga demi mencari sesuap rezeki.

“Kalau nak diharapkan undangan persembahan, mungkin saya terpaksa ikat perut dan tidak makan kerana sejak beberapa tahun lalu saya sudah jarang menerima undangan persembahan,” katanya kepada sebuah media hiburan lain.

Shima baru sahaja memulakan perniagaannya dua minggu yang lalu dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga ada peminat yang sanggup datang dari jauh.

Walaubagaimanapun, Shima sedia menerima tawaran membuat persembahan biarpun sibuk mengusahakan gerai nasi campur.

“Saya sedia terima undangan menyanyi kalau kena dengan masa dan bayaran,” katanya.

Pada era 1990-an, Shima terkenal dengan rangkaian lagu seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki, Luka Dilukai dan Malam Yang Pasrah.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas