Connect with us

Oh! Media

Shahrul Akui Putus Tunang Dengan Adira

ohmedia adira putus tunangjpg

Umum

Shahrul Akui Putus Tunang Dengan Adira

Setelah pelbagai tanda tanya timbul tentang status sebenar pertunangan penyanyi Adira dan tunangnya, akhirnya Shahrul Nasrun mengesahkan bahawa dia dan Adira kini telah putus tunang.

Perpisahan itu berlaku sejak beberapa bulan yang lalu kerana tidak lagi sehaluan dan menafikan khabar angin kewujudan orang ketiga iaitu Elizabeth Tan seperti yang dilaporan portal hiburan lain.


“Saya sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan ia terjadi kerana kami sudah tidak lagi sehaluan. Kami hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Saya akur dengan ketentuan itu.

“Saya juga tidak boleh komen lebih kerana itu soal peribadi dan saya doakan semoga Adira berjaya dalam kerjaya dan doa saya yang terbaik untuk dirinya,” ujar Shahrul.

Terdahulu penyanyi lagu popular Knock Knock iaitu Elizabeth Tan mengeluarkan kenyataan dan mendedahkan bahawa tunang Adira itu sendiri yang cuba mendekati dirinya.

IKLAN

“Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang malah daripada cara dia sendiri dari awal pun memang dia nak mengorat. If ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back”

“Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata, “girlfriend je pun” (merujuk kepada Adira).

“Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya,” kata Elizabeth.

Mengakui agak sedih dengan tuduhan itu, Elizabeth tahu bahawa dia tidak mampu mengawal apa yang orang lain mahu katakan kepada dirinya.

——————————————————– 

https://www.facebook.com/ohperfumenista
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas