Connect with us

Oh! Media

Isu Arak Jepun Dalam Troli: “Ini Gosip Membosankan” – Sharnaaz Ahmad

Ohmedia arak siapa dalam troli uneditedjpg

Umum

Isu Arak Jepun Dalam Troli: “Ini Gosip Membosankan” – Sharnaaz Ahmad

Hari ini di dalam satu kenyataan, Sharnaaz Ahmad menganggap gosip yang melanda dirinya tentang  beberapa tin air arak popular di Jepun yang berada dalam troli’nya sebagai gosip yang membosankan. Apapun dari kenyataan tersebut, Sharnaaz tidak memberikan jawapan langsung  berkenaan samaada air tersebut miliknya atau bukan sebaliknya mendakwa ianya sengaja diada-adakan untuk mencari kesalahannya.

Semalam, Oh! Media ada berkongsi satu persoalan yang diajukan peminat Sharnaaz sendiri (dan dikongsikan bersama kami melalui email) tentang gambar tersebut samaada air tersebut miliknya atau siapa.

IKLAN

Sharnaaz juga meminta agar orang ramai melihat kesalahan pada diri sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

“Banyak isu lain yang boleh dibuat. Kesalahan orang kalau cari memang seronokkan? Tetapi pernah tak kita melihat kesalahan pada diri sendiri? Ini membosankan.. Perkara itu, orang yang bercakap. Bukan saya. Jadi saya tidak hairan pun. Saya lebih pentingkan kerja daripada perkara itu,” – Sharnaaz Ahmad

Apapun pada pandangan kami, persoalan yang diajukan peminat tersebut bukanlah tuduhan atau ingin mencari kesalahannya, tetapi faham-fahamlah orang popular, normal lah ramai peminat yang melihat dan mahukan penjelasan sendiri dari artis kesayangan mereka. Gambar tersebut pun memang benar-benar ada dan bukan di ada-adakan guna Photoshop dan sebagainya. Jadi perlulah ada jawapan yang jelas dari Sharnaaz sendiri. Mudah sahaja sebenarnya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas