Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad Tidak Redha, Lebih Rela Kalah Dengan Amar Baharin

Umum

Sharnaaz Ahmad Tidak Redha, Lebih Rela Kalah Dengan Amar Baharin

ADVERTISEMENT

Pelakon hebat Sharnaaz Ahmad,30, memang terkenal dengan ungkapan berbisa. Terbaru, Sharnaaz mengeluarkan kenyataan menerusi Malaysian Digest bahawa dia tidak redha dengan kekalahannya di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2014) Ahad lalu.

Sharnaaz yang bersaing bersama-sama Amar Baharin, Adi Putra, Aaron Azin dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular tewas kepada pelakon Shah Iskandar. Ini merupakan kemenangan kali kedua Shah Iskandar menerusi kategori ini.

Menurut Sharnaaz, walaupun tidak redha dengan kemenangan pesaingnya namun bukanlah berasa kecewa dengan kekalahan itu dan berharap semoga keputusan pada malam itu adalah benar dan telus berdasarkan bakat.

“Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela jika kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini menyedari bukan mudah seseorang pelakon untuk memenangi anugerah namun kekalahan ini tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus membina kerjayanya dalam bidang lakonan.

“Sejak hari petama dalam industri saya tahu yang saya bukan membawa diri saya sebagai seorang pelakon anugerah.

“Saya anti anugerah. Maksudnya, saya memang susah hendak menang satu-satu anugerah. Itu sesuatu yang sangat sukar untuk diri saya tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya,” ujarnya.

Walaupun tewas dalam kategori itu, Sharnaaz memenangi kategori online Artis Paling Kontroversi.

OHMEDIA: Ramai yang anggap keputusan pada malam ABPBH2014 agak merepek. Mungkin ada yang keluar duit undi diri sendiri kot? 😛

————————————————————
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas