Connect with us

Oh! Media

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah

Umum

Sharifah Shahira Komen Perangai Sharifah Sakinah

Sebut sahaja nama Sharifah Sakinah iaitu adik kepada pelakon Sharifah Shahira dikenali dengan pelbagai kontroversi dengan gambar atau video yang dimuatnaik olehnya di laman sosial Instagram dan Keek tak lama dulu.

ADVERTISEMENT

Walaupun tindakannya dikritik hebat kerana memuatnaik gambar yang tidak sopan, Sakinah tetap dengan pendiriannya. Terbaru, Sakinah memuatnaik beberapa gambar menayang perutnya dan gambar t-shirt berimej payudara.

Ditanya kepada kakaknya Sharifah Shahira tentang tindakan Sharifah Sakinah yang sering mengundang kontroversi, Shira berkata keluarganya tidak terlalu mengambil pusing tentang segala gosip atau kontroversi yang melanda kerana lebih mengenali keperibadian sebenar Sakinah.

“Kami tak sangka Sakinah boleh mengundang pelbagai kontroversi melalui akaun Instagramnya itu, Tetapi, dia memang suka buat benda-benda yang pelik. Kami sekeluarga bukan tidak pernah menasihatkannya. Kami dah cakap pada dia, apa-apa yang dia buat dia perlu bertanggungjawab. Dia pun faham dan kata okay.

“Secara peribadi, saya tidak menghiraukan sangat cakap-cakap orang tentang Sakinah. Saya tahu hati dia baik. Dia tidak pernah membantah cakap kami. Kalau minta sebarang pertolongan, pasti dia akan buat, tanpa beri sebarang alasan untuk menolak.

“Dia juga sering menjaga nenek suami saya, Ijoy. Pihak keluarga memang faham sangat dengan perangai dia. Orang yang tidak kenal dengan dia memang boleh berkata apa sahaja, ” ujar Shira.

OHMEDIA: APAPUN, KALAU BUKAN KELUARGA YANG NAK TEGUR SIAPA LAGI BETUL TAK?

Mencari lokasi berbuka puasa yang istimewa?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas