Connect with us

Oh! Media

“Setiap Kali Muat Naik Gambar Anak-Anak…” – Rita Rudaini

copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252862529png

Umum

“Setiap Kali Muat Naik Gambar Anak-Anak…” – Rita Rudaini

Ramai betul toxic di media sosial kan? Lagi-lagi orang yang suka kecam sebab rasa tak puas hati bila tengok kehidupan kita, maklumlah dengki orang kata. Yang lagi bahaya, bila orang sihir guna gambar kita sebab tak suka tengok kita bahagia ataupun senang.


Baru-baru ini, Rita Rudaini berkongsi bahawa sesetengah netizen yang sanggup membuat fake account semata-mata nak komen kata-kata kesat terhadap Rita setiap kali dia upload gambar bersama anak-anaknya.

Kadang-kadang, bila saya kongsi foto anak-anak di laman Instagram, mulalah ada akaun palsu yang tidak mempunyai foto serta tidak mengikuti mana-mana akaun Instagram lain muncul di ruangan komen. Mereka meninggalkan komen buruk dan negatif terhadap foto terbabit. Setiap kali muat naik gambar anak-anak, mesti mereka pun datang komen berbaur kutukan. Saya juga akan bertindak membalas komen jika ada netizen bertindak melampau meninggalkan komen bukan-bukan.

Kalau ya pun korang nak kecam orang tu, gunalah account sendiri. Apa barang guna fake account? Sekadar berani menjadi keyboard warrior, kalau face-to-face sis rasa korang tak berani kot nak kecam orang tu. Ingatlah, Rita tu hanyalah seorang manusia biasa macam kita juga.

Ada yang cakap artis tidak seharusnya balas atau respon. Bagi saya, ikut keadaan. Kalau komen mereka melampau, saya harus bertindak. Kenapa artis hanya perlu diam? Kami mempunyai perasaan seperti manusia biasa, bukannya makhluk asing.

Sumber: Astro Gempak

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Public



OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas