Connect with us

Oh! Media

Selepas Bendera Putih, Kini Kempen Kibar Bendera Merah Dilancarkan

Kempen Bendera Merah

Oh! Tidak

Selepas Bendera Putih, Kini Kempen Kibar Bendera Merah Dilancarkan

Sebelum ini kita dihangatkan dengan kempen bendera putih yang menandakan rumah tersebut memerlukan bantuan dari segi wang tunai dan makanan. Selepas tular kempen yang menandakan prihatinan sesama masyarakat itu, kini tular pula sebuah kempen iaitu Kibar Bendera Merah.

Kempen yang dilancarkan oleh Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, melalui hantaranya di laman Facebook milik persatuan itu yang diberi nama Kempen Kibar Bendera Merah yang mana bantuan kepada haiwan peliharaan termasuk bantuan makanan.

Menurut hantarannya di laman Facebook, kempen itu dilaksanakan bagi menyelamatkan haiwan peliharaan yang berisiko menjadi haiwan jalanan disebabkan terdapat golongan yang tidak mampu untuk memeliharanya oleh sebab kesempitan wang semasa pandemik yang sedang terjadi ini

IKLAN
204011366 1572780896262438 7104117543277047474 n
Poster Kempen yang disiarkan melalui hantaran di Laman Facebook milik Persatuan Haiwan Malaysia meminta masyarakat menyertai kempen kibar bendera merah bagi membantu haiwan peliharaan

Persatuan Haiwan Malaysia yang sebelum ini peka terhadap keselamatan haiwan-haiwan di Malaysia turut menzahirkan rasa risau terhadap haiwan yang berisiko dibuang ke jalanan dan mampu menyebabkan kes kematian haiwan meningkat semasa pandemik ini.

Kucing dan anjing sudah seperti menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Amat menyedihkan jika muka-muka baru di jalanan berasa kekok untuk menyesuaikan diri dengan risiko ancaman kebuluran, serangan dan pergaduhan, Akhirnya kucing dan anjing yang dibuang itu berakhir dengan kecederaan, trauma, penyakit berjangkit malah kematian.

Oleh itu, Arie menyeru kepada semua masyarakat supaya mengambil peranan keperihatinan terhadap masalah jiran-jiran yang mengalami masalah untuk memelihara haiwan peliharaan dan bertanya keperluan makanannya supaya mereka mampu menghadapi tekanan ekonomi sempena Pandemik Covid-19 ini.

Tidak perlu malu, hanya perlu kibarkan bendera merah jika perlukan bantuan makanan untuk haiwan peliharaan

Haiwan peliharaan juga sebahagian daripada keluarga kita. Mereka mahluk bernyawa yang mengerti rasa lapar, ada perasaan dan perlukan kasih sayang.

Persatuan Haiwan Malaysia sekali lagi menyeru kepada masyarakat supaya bersama-sama menyertai Kempen Kibar Bendera Merah demi kelangsungan nasib dan hidup kucing dan anjing peliharaan. Usaha ini sedikit sebanyak mampu menyedarkan rakyat dan mereka akan bersama-sama menghulurkan bantuan kepada rumah yang memerlukan.

Kempen yang dilancarkan itu mendapat perhatian daripada netizen dan melalui ruangan komen pada hantaran itu, rata-rata daripada mereka mengalami masalah dari segi makanan untuk haiwan peliharaan mereka dan juga ada netizen yang bersedia untuk membantu menjayakan kempen ini.

Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas