Connect with us

Oh! Media

Tak Faham Maksud Sebenar, Teo Nie Ching Mohon Maaf Guna ‘Lahabau’

Trending

Tak Faham Maksud Sebenar, Teo Nie Ching Mohon Maaf Guna ‘Lahabau’

Baru-baru ini, ahli parlimen Kulai, Teo Nie Ching menjadi bualan ramai selepas memuat naik gambar profil Facebook yang tertulis perkataan “Lahabau Melaka, Jom Undi”.

ADVERTISEMENT

BACA: Bukit Aman Kerah 32 Pasukan Kesan Kegiatan Gengster PRN Melaka

Tindakan itu dipercayai dilakukannya sebagai tanda sokongan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan dilakukan tidak lama lagi.

lahabau

Walau bagaimanapun, lahabau sebenarnya membawa maksud yang kurang baik. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ‘lahabau’ adalah kata makian yang bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

Susulan itu, beliau telah tampil memohon maaf dan mengakui silap apabila tidak memahami maksud sebenar di sebalik perkataan tersebut.

Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka.

Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka.

Dalam permohonan maaf itu, beliau berkata, dalam keghairahan berkempen di media sosial, beliau sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan silap.

Jelasnya, beliau hanya ingin berkempen menggunakan frame percuma di Facebook tanpa memahami dengan jelas maksud perkataan. Beliau mengakui ianya kesilapan bahasa yang memalukan.

Kredit: Facebook Teo Nie Ching

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas