Trending
Malaysia Lancar Kempen Visit Malaysia 2026, Maskot Beruang Matahari Curi Tumpuan
Baru-baru ini, Malaysia baru sahaja melancarkan kempen pelancongan terbesar Visit Malaysia 2026 (VM2026) dalam satu acara gilang-gemilang di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan MAB.
Acara ini dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dalam acara itu, logo, maskot, lagu tema, serta reka bentuk pesawat khas diperkenalkan bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Logo dan maskot ikonik

Yang menariknya, logo Visit Malaysia 2026 menampilkan elemen budaya, alam semula jadi dan daya tarikan global Malaysia.
Logo turut dipersembahkan pada pesawat Malaysia Airlines, Batik Air, dan AirAsia sebagai simbol kerjasama strategik.
Manakala, Beruang Matahari Malaya yang comel dipilih sebagai maskot rasmi untuk kempen kali ini. Beruang ini melambangkan semangat mesra dan kebanggaan negara di mana dapat menarik minat pelancong dari semua lapisan umur.
Lagu tema dan acara menarik

Selain logo dan maskot rasmi, lagu tema Visit Malaysia 2026, Surreal Experiences yang memberikan gambaran magis tentang keunikan Malaysia turut dilancarkan.
Tak cukup dengan itu, acara seperti Malaysia Sarong Music Run 2025 dijadualkan berlangsung pada 8 Februari 2025 menampilkan warisan budaya pelbagai kaum Malaysia sambil mempromosikan gaya hidup sihat.
Acara ini akan diadakan di Menara Berkembas Petronas Kuala Lumpur dan dijangka mampu menarik lebih 20,000 peserta.
Sasaran dan kolaborasi strategik

Visit Malaysia 2026 mensasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong antarabangsa dengan hasil RM147.1 bilion.
Kerjasama erat dengan rakan strategik seperti Malaysia Aviation Group, AirAsia, Mastercard, dan Huawei akan memperkukuh promosi dan menyediakan pengalaman pelancongan inovatif.
Kempen ini bukan sahaja merancakkan sektor pelancongan tetapi turut menyumbang kepada ekonomi tempatan, termasuk sektor hospitaliti dan makanan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Tourism Malaysia
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM