Connect with us

Oh! Media

Sekitar Malam Gala Surf This Love, Filem Epic Seorang Surfer!!

Umum

Sekitar Malam Gala Surf This Love, Filem Epic Seorang Surfer!!

Semalam team Ohmedia sempat datang ke Malam Gala Filem Surf This Love. Boleh tahan ramai pihak media dan peminat yang datang sampai nak runtuh hall tu. Semua artis yang terlibat dalam filem Surf This Love pun turut hadir memberikan sokongan kepada filem ini. Berikut sedikit-sebanyak gambar yang sempat Ohmedia ambil malam tadi.

ADVERTISEMENT




Amacam? Best tak trailer? Nak tengok lagi banyak gambar dan sinopsis filem ini, boleh refer artikel di bawah ya!!


Candid dari smartphones…

Gadis-gadis yang memeriahkan majlis. Abang taaa kuaddd!!

Macam-macam persembahan diorang buat atas ni, semalam…

Antara yang awal sampai memberi sokongan….

Masa menanti ketibaan para pelakon Surf This Love

Berhadapan cabaran untuk menjadi ahli sukan luncur ombak yang Berjaya sebagaimana yang pernah dikecapi arwah abangnya, Bobby, tidak pernah menghalang Billy berusaha untuk menggapai impiannya itu. Tiada siapa yang mahu membantu Billy namun itu semua tidak pernah mematahkan semangatnya dan akhirnya atas dorongan diri sendiri dia Berjaya mengejar cita- citanya itu.

Ia adalah antara inti pati dan jalan cerita filem sulung terbitan Global Solution Resources (GSR) Sdn Bhd yang berjudul Surf This Love (STL). Filem arahan Waan Hafiz itu diterajui Shukri Yahaya (sebagai Billy) dan Christina Suzanne (Mia).

Barisan Pelakon & Produksi filem STL

Menanti masa untuk masuk panggung…

Masa ni huru-hara bila seorang demi seorang artis datang…

Meja pendaftaran untuk media dan tetamu jemputan..

Abang jambang.. Inilah Wan Mohd Hafiz Wan Hussain selaku pengarah filem Surf This Love.

STL adalah cerita yang menyuntik elemen movitasi, jati diri, percayakan diri sendiri dan tidak pernah mengalah serta cinta. Menurut Penerbit GSR, Amilaton Jamaluddin, STL adalah filem sukan luncur ombak pertama yang diterbitkan di negara ini.

“Ia mengisahkan kekuatan dan ketabahan yang dimiliki Billy untuk bergelar peluncur ombak berjaya dan terkenal. Meskipun tiada siapa yang menyokong cita-citanya malah dibuli dan dipermainkan oleh juara luncur ombak, Mike Malaya, yang awalnya berjanji mahu membantunya, namun Billy berjaya melakukannya sendirian.

“Lalu saya berharap filem ini akan dapat memberi motivasi kepada penonton terutama kepada generasi muda hari ini.

“Jangan jadikan cabaran sebagai pematah semangat untuk memburu impian, sebaliknya jadikan ia sebagai satu dorongan. Mereka yang berjaya ialah mereka yang tidak pernah takut berhadapan dengan kegagalan,” katanya.

Atas dasar itu juga, usaha GSR itu mendapat sokongan yang baik daripada pelbagai pihak untuk menjalinkan kerjasama bagi membimbing dan membangunkan generasi muda hari ini iaitu, Persatuan Belia Dinamik Barat, Parlimen Belia Malaysia Negeri Sembilan, Skyrunner Malaysia, Majlis Belia Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia, 1Malaysia For Youth, Rakan Kembara dan Pertubuhan Dinamik Negeri Sembilan.

Bobby…. Tak banyak scene dalam filem ni tapi lakonannya memberi impak sangat besar.

Christina Suzanne… Pada Ohmedia, dia seorang pelakon hebat dan berbakat cuma agak underrated. She deserved more!

Josiah Hogan atau Mike Malaya. Lakonan dia memang menjadi sampai rasa nak baling selipar kalau jumpa… Jahat sangat!!

Hurmm… Abammm taaaa kuaddd dikkkk….

Manis Ardell Aryana dengan penampilan berhijab dia… Filem ni shoot masa imej dia belum bertukar lagi..

Manis senyuman masing-masing… 😛

Dah kenapa dicekiknyaaa budak tu bang?!! 

Penggambaran STL selama sebulan dirakamkan di Pulau Tioman dan Bali, Indonesia. STL turut dibintangi Pekin Ibrahim (Jimmy), Josiah Hogan (Mike Malaya), Ardell (Lia), Mustaqim Bahadon (Bobby), Fazreena Faizul (Laila), Syuhaida Abraz (Siti) dan Idan Aedan (Billy Kecil).

Rip Curl. Selaku penaja besar filem ni…

Kenapa sorang-sorang tu? Abammm taaa kuaddd tau dikk…. Fuuuuu

Best makanan yang dihidangkan. Alhamdulillah kenyang! Terima kasih banyak-banyak!

Filem kerjasama Global Solution Resources & Cloudniners ini akan ditayangkan diseluruh pawagam tanahair bermula 22 Februari 2018.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas