Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi & Bertandang Hanez Suraya & Romie Razin

screen2bshot2b2015 03 232bat2b222352bpmpng

Umum

(Gambar) Sekitar Majlis Resepsi & Bertandang Hanez Suraya & Romie Razin

Ikatan cinta dua jiwa kini bersatu. Selepas diijabkabulkan pada 14 Mac yang lalu, pasangan romantik Hanez Suraya dan suaminya Romie diraikan dalam majlis menyambut menantu dan resepsi yang cukup meriah.

Majlis bertandang pasangan ini dilangsung di kediaman ibubapa Romie di Andalas, Klang. Hanez dan Romie kelihatan sangat sweet dengan mengenakan busana Soft Pink.

IKLAN




Pasangan ini turut diraikan dalam satu lagi majlis resepsi yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur yang cukup meriah dengan kehadiran ramai saudara-mara dan rakan-rakan artis.

Gaun putih yang dipakai Hanez menyerlahkan lagi kejelitaan Hanez dan Romie juga kelihatan kacak mengenakan suit moden.

Ditanya soal berbulan madu, menurut Hanez  dia dan Romie tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini namun mereka telah merancang untuk mengerjakan umrah bersama-sama.

OHMEDIA: Kami ucapkan semoga rumahtangga mereka berkekalan #tilljannah.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas