Connect with us

Oh! Media

Sekitar ERA Digital Muzik Awards 2016

Ohmedia era digital muzik awards 2016jpg

Umum

Sekitar ERA Digital Muzik Awards 2016

Rabu lalu berlangsungnya ERA Digital Muzik Awards 2016 (ERADMA2016) di MaTic KL dan Team Oh! Media tak lepaskan peluang ni untuk sama-sama memberikan sokongan kepada anak-anak seni yang berbakat besar dalam memeriahkan industri muzik di negara ini. Kalau bukan kita siapa lagi ye tak?

Menariknya ERADMA2016 ni di mana selain meraikan para selebriti muda yang telah terkenal, mereka turut mengiktiraf muka-muka baru dalam sosial media lain yang mana dah popular kerana Smule, Vine, Instagram, dan banyak lagi hingga menerima jutaan pengikut dan ini masanya mereka diangkat agar lebih dikenali sebab ternyata berbakat besar dalam kehebatan masing-masing.

Tonton Live Video Di Bawah:




Anugerah ini hanya dipancarkan secara langsung melalui Facebook ERA dan beberapa sosial media lain namun ianya cukup berjaya dalam mengangkat bakat-bakat baru ini untuk terus kehadapan lagi. Kehadiran Nabil sebagai pengacara pada malam tersebut juga sememangnya menjadikan anugerah tersebut lebih meriah dan menyeronokkan. Membahan aje kerjanya si Nabil tu. Haha!

IKLAN

Apapun Ohmedia seronok betul dengan adanya artis baru macam Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, dan Aiman Tino. Walaupun masih muda, persembahan mereka pada malam tu sangatlah memukau semua yang menonton.

Tahniah ERA di atas penganjuran seperti ini dan tak lupa juga teria kasih kepada DiGi yang menjadi penaja utama ERA Digital Muzik Awards 2016. DiGi Prepaid Live kini dengan 8GB data muzik dan video percuma.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas