Connect with us

Oh! Media

Sebab Sebenar Che Ta Bertudung. Pasti Ramai Yang Tersentak

Screen2bshot2b2015 03 182bat2b1121382bampng

Umum

Sebab Sebenar Che Ta Bertudung. Pasti Ramai Yang Tersentak

 

Penghijrahan aktres cantik Rozita Che Wan sememangnya dinantikan oleh ramai peminatnya. Akhirnya selepas pulang mengerjakan umrah dengan suaminya, Zain Saidin baru-baru ini, Che Ta nekad untuk terus berhijab.

Rozita mendedahkan bahawa penghijrahannya adalah datang dari kesedaran hatinya sendiri bukanlah mengikut trend. Malah, perubahan ini bukti kasih dan sayangnya pada Zain dan mahu sama-sama menuju ke syurga.

IKLAN

“Bagi saya bertudung bukan satu trend. Kebetulan saya, Elfira, Hanis dan Zulin ambil keputusan untuk bertudung dalam waktu yang lebih kurang sama, sebab itu nampak seperti trend. Ingin saya tegaskan, saya bertudung kerana menunaikan tanggungjawab sebagai isteri apabila Zain minta saya bertudung.

“Suami tidak akan masuk syurga jika tidak membimbing isteri untuk sama-sama masuk syurga. Jadi, apabila memikirkan perkara itu, hati saya terdetik untuk berubah. Saya sayangkan Zain dan mahu masuk syurga bersama-sama, sebab itu saya ikut cakapnya.

“Saya hanya menjadi diri saya sendiri. Jujur, saya tidak pernah ambil peduli tentang orang lain. Saya lakukan sesuatu perkara mengikut kemahuan diri sendiri bukan sebab persekitaran atau paksaan orang. Biarlah mereka hendak kata apa sekalipun tentang diri saya kerana bercakap tidak perlu bayaran.” jelas Che Ta.

OHMEDIA:  Kami gembira melihat penghijrahan Che Ta. Semoga ia menjadi contoh kepada para isteri lain untuk sama-sama ikut jejak langkah Che Ta.

————————————————————–
Dapatkan tiket percuma untuk menonton filem terbaru Isyarat Cinta menerusi contest mudah malam ini di pages Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas