Connect with us

Oh! Media

“Saya Ada Bukti Perbualan Kami di WeChat” – Fara Mendoza

Umum

“Saya Ada Bukti Perbualan Kami di WeChat” – Fara Mendoza

Ekoran sekeping gambar perbualan yang didakwa pelakon Fizz Fairuz dan artis baru Fara Mendoza menjadi viral kerana kenakalan Fizz yang cuba mengorat Fara melalui Aplikasi WeChat, Fizz menafikan bahawa dia mengenali pelakon wanita itu.

ADVERTISEMENT

Kecewa dengan penafian itu, Fara tampil mengeluarkan kenyataan dan menyatakan bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai perbualannya dengan suami kepada pelakon Almy Nadia itu.

“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar.

“Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka. Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini.

“Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi. Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan.

“Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,” katanya.

OHMEDIA: Haizz! Kalau betul pun tu Fizz tak perlu guna cara macam ni kot. Publisiti murahan sangat. Kesian artis sendu.

Iklan Raya Paling Best Tahun Ni

Tak Dapat Sekali, Cuba Lagi Sampai Dapat!

Antara iklan raya paling kami suka untuk tahun ini. Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita menyambut syawal. Hari Raya pun dah nak melabuhkan tirainya. Walaupun hari raya semakin ke penghujungnya, jangan sesekali kita lupa pada orang tua kita di kampung. Maklumlah bila dah pulang ke kota ni kita sibuk dengan urusan kerja dan open house sini dan sana.JANGAN hanya pulang ke kampung dan jenguk ibu bapa kita hanya pada hari raya sahaja. Hari-hari lain pun kenalah balik kampung dan jenguk mereka kan…. #kipidapSumber Video:- https://youtu.be/KmH5W6xDWMo- Felda Global Ventures – FGV

Posted by Oh! Media on Tuesday, August 11, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas