Connect with us

Oh! Media

Salman Khan Bakal Meringkuk Dalam Penjara 5 Tahun

Ohmedia salman khan dipenjarajpg

Umum

Salman Khan Bakal Meringkuk Dalam Penjara 5 Tahun

Bintang terkenal Bollywood, Salman Khan menangis selepas menerima hukuman penjara lima tahun diatas kesalahan langgar lari membabitkan beberapa orang gelandangan di Mumbai pada tahun 2002.

Kemalangan itu mengakibatkan seorang daripada gelandangan itu mati manakala empat daripadanya mengalami kecederaan.

Salman Khan yang pernah membintangi filem box office Kuch Kuch Hota Hai dituduh memandu kenderaan Toyota Land Cruiser dalam keadaan mabuk.

IKLAN

Menurut laporan media India, keputusan mahkamah dibacakan hari ini selepas segala penelitian dan aktor itu perlu akur dengan keputusan yang sudah diputuskan.

“Kamu memandu kereta dan di bawah pengaruh alkohol,” kata Hakim DW Deshpande kepadanya.

Beberapa teman seninya turut meluahkan rasa sedih selain memberikan sokongan dan menunjukkan simpati. Aktres, Hema Malini turut berdoa dan berharap semoga hukumannya dapat dikurangkan.

Ada yang berpendapat jika Salman dipenjarakan ia akan memberi kesan kepada jualan tiket filem lakonannya yang akan ditayangkan.

OHMEDIA: Undang-undang tidak mengecualikan samaada orang biasa mahupun selebriti.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas