Connect with us

Oh! Media

Saif Ali Khan Nafi Kareena Kapoor Peluk Islam Selepas Kahwin

Kareena kapoor saif ali khanjpg

Umum

Saif Ali Khan Nafi Kareena Kapoor Peluk Islam Selepas Kahwin

Aktor Bollywood Saif Ali Khan menafikan khabar angin bahawa isterinya Kareena Kapoor telah memeluk agama Islam selepas berkahwin pada tahun 2012.

Saif agak berang apabila isterinya sering dikecam gara-gara “Love Jihat” iaitu istilah bagi pasangan yang berkahwin berbeza agama. 

IKLAN

“Orang-orang menyangka Kareena memeluk Islam sejak berkahwin adalah tidak benar. Dia tidak pernah menukar agamanya,” ujarnya.

Menurut Saif lagi, dia memohon agar orang ramai tidak mempersoalkan dan memperbesarkan perkara itu lagi. Malah berharap agar masyarakat dapat lebih peka terhadap perkembangan isterinya dalam industri filem di India.

“Seharusnya, negara ini perlu berbangga dengan pencapaian Kareena kerana dia sudah memberikan banyak sumbangan terhadap dunia perfileman mahupun masyarakat setempat. Kareena telah berjuang habis-habisan untuk membela hak perempuan dan juga soal kesihatan.

“Segala gosip soal agama ini tidak pernah ada di dalam kehidupan kami. Kareena seharusnya diingat sebagai simbol dari kehidupan individual modern. Dan saya rasa ramai pihak bangga dengan pencapaiannya selama ini,” jelas Saif lagi.

—————————————————————————–
www.facebook.com/ohperfumenista 
Dapatkan perfume pelbagai jenama dengan harga yang giler murah di OH! PERFUMENISTA. Dijamin berkualiti tinggi dan memuaskan hati.  
Hotline : 0122553390

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas