Connect with us

Oh! Media

Sah Bergelar Isteri, Hanis Zalikha Terima Hantaran Hampir Seratus Ribu

Umum

Sah Bergelar Isteri, Hanis Zalikha Terima Hantaran Hampir Seratus Ribu

Setelah menjalinkan hubungan cinta bertahun-tahun, hari ini menjadi tarikh keramat buat pasangan pengantin baru Hairul Azreen dan Hanis Zalikha apabila sah disatukan sebagai suami isteri dengan hanya satu lafaz.

ADVERTISEMENT

Majlis akadnikah yang diadakan di kediaman keluarga Hanis ini berlangsung pada jam 3.50 petang tadi dan pasangan ini telah dinikahkan oleh bapa Hanis sendiri iaitu Zainal Rashid Mohd Zain.

Hanis menerima wang hantaran sejumlah RM91,019.90 yang memberi simbolik tarikh lahirnya sendiri iaitu 9 Oktober 1990 dan Hairul turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300.

“Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar dan ini fasa baharu yang akan ditempuhi saya bersama suami. Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma semestinya memberi sisi tersendiri buat kami berdua. Terima kasih kepada yang sudi hadir,” kata Hanis.

Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 21 Mac yang lalu dan pernah menimbulkan kontroversi apabila Hairul membuat lamaran kepada Hanis secara live di atas pentas program Gegar Vaganza.

OHMEDIA: Selamat pengantin baru buat Hairul & Hanis. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas