Connect with us

Oh! Media

Rozita Che Wan Akui Bersolek Sebelum Bersalin

Umum

Rozita Che Wan Akui Bersolek Sebelum Bersalin

Selepas beberapa jam kelahiran bayi perempuan yang sangat comel milik aktres cantik Rozita Che Wan dan Zain Saidin tersebar meluas di internet. Ramai yang memuji-muji kecomelan anak mereka dan tak lupa ibunya yang sentiasa kelihatan cantik biarpun dalam keadaan baru lepas bersalin.

Namun tak kurang juga yang mempertikaikan penampilan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta yang kelihatan mengenakan ‘makeup’.

Ditanya kepada tuan punya badan, Che Ta mengakui mengenakan solekan dan bersiap untuk bersalin dan menganggap perkara itu biasa baginya kerana pernah melakukannya sebelum ini.

“Memang saya bersolek dan bersiap. Bukan sebab nak masuk TV, tapi ketika melahirkan dua anak sebelum ini pun saya buat perkara sama. Malah, kalau ke mana-mana sekali pun, saya pasti akan bersiap. 

“Saya memang nak bersalin normal. Malah doktor sendiri pun sarankan perkara sama sebab dua anak saya sebelum ini pun dilahirkan secara normal. Jadi tidak ada masalah untuk lakukan itu”

“Lahir sahaja anak dan ketika melihat wajahnya, saya rasa bersyukur dan gembira. Impian untuk memiliki anak perempuan dimakbulkan,” ujarnya meluahkan rasa gembira.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top