Connect with us

Oh! Media

“Jika Saya Tak Boleh Membahagiakan, Lepaskan Saya Cara Baik” – Rozana Misbun

ohartis awie2brozanajpg

Umum

“Jika Saya Tak Boleh Membahagiakan, Lepaskan Saya Cara Baik” – Rozana Misbun

Isteri kepada vokalis Awie, memohon supaya suaminya melepaskan (cerai) dirinya dengan cara baik jika Awie tidak merasa bahagia hidup bersamanya.

“Kalau betul saya gagal memberikan kebahagiaan yang Awie cari selama ni, lepaskan saya dengan cara baik. Tapi demi kebajikan anak-anak, saya bersedia untuk berbaik dengannya dan duduk berbincang. Kita jadi kawan”

“Kalau benar Awie dah hilang rasa hormat pada saya sebagai manusia dan isteri, hormatilah saya sebagai ibu yang bersengkang nyawa untuk melahirkan anak-anaknya. Itu saja yang saya minta”  jelas Rozana.

Dalam pada itu juga, Rozana menepis dakwaan bahawa dia berlaku curang terhadap Awie sepanjang bergelar isteri kerana setiap hari rutin harian adalah menguruskan anak-anak ditambah pula status Awie yang digelar sebagai Ayahanda sudah pasti tiada lelaki yang berani mendekatinya.

IKLAN

“Macam manalah saya nak curang? Saya ni, sepanjang sembilan tahun berkahwin, hidup mati saya hanya untuk Awie dan keluarga.

“Sejak Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha mula bersekolah celik mata saja, sayalah yang mandikan, sediakan sarapan dan siapkan pakaian mereka semua sebelum menghantar sendiri mereka ke sekolah.

“Tengah hari pulak saya sibuk di dapur siapkan makan tengah hari untuk keluarga sebelum sebelah petangnya jemput anak-anak di sekolah. Sebelah malamnya saya pastikan mereka mengaji dan ‘monitor’ buat kerja sekolah.

“Pukul 9 malam semua dah kena tidur sebab saya tak mahu mereka liat bangun pagi esoknya untuk ke sekolah.

“Saya tak tahu ruang manakah untuk saya berpeleseran dengan lelaki lain? Lagipun dengan imej Awie sebagai ‘ayahanda’ ada ke lelaki yang berani nak kacau isterinya ini?

“Mestilah ada ‘mata-matanya’ akan segera memberitahu ‘ayahanda’ Awie kalau betul mereka nampak saya berpoya-poya di luar,” jelas Rozana panjang lebar.

Meskipun berjaya mendapat hak penjagaan sementara ketiga-tiha anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, Rozana berkata dia bersedia untuk mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap kemerlut rumahtangganya.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas